Isnin, 30 April 2012


Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

some_text

Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudungyang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah  trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.

Ustaz Zul - Tudung Hana Tajima

Hukum Pakai Tudung Tetapi Pakai LEGGINGS !


Bahaya: Ramai Awek Melayu Tudung Telah Jadi FLASHER !




Dengan sekali klik di butang carian imej google melalui gabungan kata carian "awek + melayu + ( dot..dot..dot..), dengan mudahnya gambar-gambar gadis Melayu separuh lucah dan sepenuh lucah terpampang di hadapan skrin komputer anda. Muka Melayu amat mudah dikenali, apatah lagi jika bertudung. Trend merakam aksi lucah sendiri di hadapan camera di kalangan gadis dan wanita Melayu Islam di Malaysia semakin kronik.

Tiada alat berteknologi canggih diperlukan untuk mereka melakukan perbuatan memalukan ini, cukup dengan sebuah telefon bimbit berkamera 2.0 megapixel di tangan sendiri atau di tangan si photographer. Ya, kadangkala ada pihak kedua yang bersubahat mengambil mengambil foto lucah itu, mungkin sahabat atau teman lelaki. Apabila kamera sudah sedia, posisi-posisi menggoda dilakonkan dan pakaian mula ditanggalkan.

Ini bukannya tentang orang India, orang Cina atau orang puteh, ini semua cerita benar tentang gadis dan wanita Melayu kita. Ada yang berposing di hadapan kamera bertudung sambil menayang coli, bertudung sambil meramas buah dada. Ada yang mengambil gambar sendiri ketika memakai coli dan seluar dalam di dalam bilik tidur dan ada juga yang berani menunjukkan vagina mereka sendiri di hadapan kamera. Ini bukan lagi fantasi, inilah pornografi Melayu kita.

Timbul persoalan di dalam kepala kita yang waras ini - Mengapa mereka sanggup melakukan semua aksi ini ?". Kata orang tua-tua, gadis-gadis Melayu itu terkenal dengan sifat pemalu dan sopan santun.


Ada beberapa sebab gadis dan wanita Melayu sanggup beraksi lucah dan bogel di hadapan kamera.

  1. Sebagai hadiah tanda sayang kepada teman lelakinya. 
  2. Sebagai bukti bahawa dia percaya kepada teman lelakinya yang suatu hari pasti akan setia dan  menikahinya setelah melihat gambar-gambar bogelnya.
  3. Mendapatkan kepuasan seksual secara visual dengan melihat diri masing-masing berkeadaan bogel keranan tidak dapat bersetubuh secara realiti.
  4. Tidak mempunyai teman lelaki, lalu mencuba amalan FLASHER iaitu mendapat suatu keseronokan seksual jika ada lelaki-lelaki di luar dapat menonton gambar bogelnya.
Tidak kira mana-mana pun antara 4 sebab di atas, semuanya adalah sebab-sebab yang keji serta tidak bermaruah dan sangat memalukan bangsa Melayu dan agama Islam.

Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh gadis dan wanita ini ialah mereka menganggap harga pasaran diri mereka akan semakin mahal setelah berseksi-seksi dan berbogel di hadapan kamera. Sebenarnya, mereka telah menjatuhkan nilai harga diri mereka sebagai wanita  ke tahap PELACUR dan WANITA MURAHAN.

Jangan tiru perbuatan ini !

Bahaya Upload Gambar Manja Ke Facebook : Satu Memo


Sebenarnya penulis pun telah menulis sebuah entri khas berkenaan bahaya trend mengambil foto comel@anggun@manja@tak pakai tudung@pakai baju tidur diri sendiri dan kemudian dengan sengaja sukarela meng-upload-kannya ke dalam Facebook atau blog peribadi.

Ini entrinya: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/2011/04/upload-gambar-manja-dalam-facebook.htmlMalang sekali, ramai perempuan Melayu Islam kita hari ini yang keras kepala masih gatal nak tayang-tayang yang kononnya diri mereka itu cun, cantik, ayu, lawa kepada orang luar.

Peringatan buat wanita Melayu Islam:
Apabila anda meng-upload gambar comel@cun@manja@tak tutup auratanda ke internet:
  1. Sekali di upload ke internet dan tersebar, gambar tak boleh ditarik balik.
  2. Gambar andar akan di layari, ditonton dan di-save ke dalam PC oleh lelaki-lelaki tidak dikenali yang mungkin di antaranya adalah pencabul, perogol atau kaki-Pornographi.
  3. Gambar anda mungkin di-copy & paste ke dalam blog-blog atau Page yang dikhususkan untuk melepaskan nafsu seks lelaki.
  4. Gambar anda mungkin digunakan sebagai material rangsangan untuk lelaki-lelaki tidak dikenali beronani.

Penulis sudah tegaskan berkali-kali bahawa amalan 'tabarruj' menunjuk-nunjuk kecantikan itu adalah dosa besar yang nyata banyak menyumbang kepada maksiat tidak langsung.

Kenapa tidak ambil pengajaran ????

Antara komen dari forum yang saya petik mengenai isu ini:

sape suruh letak gambar seksi2 dalam laman sosial..dah ramai bg peringatan tp buat jugak
bile pikir2 balik,sape yg suh letak gambar cmtu kt internet ? kt internet ni mcm2 blh jadi.org bebas nk buat ape2.jadi sendiri tanggung la.skali gmbar korang dah ade kt dunia maya ni,selagi tu la die akan beredar dr 1 pc ke 1 pc yg lain. Korang xkan boleh buang punya dari internet.Percayalah. Jangan marah ye...
org yg upload picture tu la bengong

Awek Tudung Mengerikan !!


Selalu juga aku terfikir..
Mengapa perempuan bertudung labuh, lazimnya suaminya alim agama..
Mengapa perempuan memelihara aurat sempurna, suaminya ambil berat agama..
Maksud aku..
Megapa perempuan yang memang 'sudah baik', suaminya memang 'jenis baik' juga ?
Lalu membuatkan aku terfikir lagi..
Sewajarnya perempuan yang 'belum cukup baik' ini..
Dijodohkan dengan lelaki-lelaki yang 'baik' supaya dapat membimbing mereka ?
Sebaliknya aku lihat..
Perempuan-perempuan yang 'belum cukup baik' ini lebih cenderung meminati lelaki-lelaki yang 'kurang baik' sebagai calon suami...
Kemudian bila sudah berumah tangga...
Isteri-isteri membuat perkara 'tidak baik'..
Suami-suami tidak membimbing...
Kerana mereka pun 2 kali 5 sahaja...

Mungkin itulah dikatakan jodoh.

BerJUBAH Tetapi Telanjang ?



Berhenti MeLUCAHkan Jubah Muslimah ! Berhenti MeSEKSIkan Jubah Muslimah.
Ini satu teguran penulis kepada pengusaha-pengusaha butik, kakitangan-kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu dan wanita-wanita Melayu Islam sekalian.

Mungkin di tanah arab, Jubah adalah satu pakaian budaya tetapi di Malaysia, Jubah adalah simbol pakaian mulia yang mencerminkan personaliti akhlak Islam. Jubah membawa imej Muslimah yang merendah diri, pemalu, sederhana dan mulia. Sudah pastinya, ciri utama Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat dan bukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.

Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasang Jubah yang MAKSIAT.



Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.
Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.

Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !

Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya.

Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Auratbukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilah longgar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.