Ahad, 29 April 2012


Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part 2)

 

Nasihat:
Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun mampu dibeli. Ingatlah bahawa, lengan wanita itu aurat. So, ia wajib ditutup dengan baju lengan panjang yang 'lapang' BUKANNYA dibalut dengan 'legging tangan' yang ketat. T-shirt lengan pendek pakai di rumah sahaja...




Nasihat: 
Wahai wanita Islam di luar sana, tidak kira betapa cantik dan jelitanya kamu, jangan kamu sesekali bersolek melampau dan berfesyen melebihi kesederhanaan seorang Islam. Pakaian Muslimah BUKAN untuk dipertanding dan dipuja-pujakan...sebaliknya untuk mencari kemuliaan dan kesederhanaan..





Kesilapan besar:

Memakai tudung untuk menutup rambut itu satu pahala. Masalahnya pada masa yang sama mereka memakai seluar jeans yang SENDAT menampakkan alur bentuk dari betis ke punggung ke sana ke mari, menggoda nafsu lelaki.

Fesyen Islamik dan fesyen SEKSI MENGIURKAN haram digabungkan.


Nasihat:
Kalau kemaruk nak pakai jeans jugak, belilah jeans design lelaki. Jeans lelaki selalunya lebih lapang...takkan tiada langsung seluar yang loose di pasaran...?

Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1)



Kesilapan besar:

Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?

Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.


Nasihat:
Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai skirt...!
..................................................................................................



Kesilapan besar:

Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family, pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang telanjang...

Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai makcik-makcik di luar sana ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya..

......................................................................................



Kesilapan besar:

Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama seluar jeans ketat.

Nasihat:
Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1.....
Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2...
......................................................................................................




Kesilapan besar:

Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tidak cover punggung sepenuhnya. Kesannya, bagi sang lelaki peluang tengok bentuk punggung mereka dengan percuma..

Nasihat:
Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!!

................................................................................................................




Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...

Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr seluar mandi yang lebih tebal...?
Ini bukan suatu yang membanggakan......Istighfar ! Istighfar !
..........................................................................................................




Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam.Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING ketat..???

Istighfar......

.......................................................................................................................

Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Muslimah Kah Itu ?

Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa kering itu bukan sahaja datang dari wanita –wanita kafir, tetapi disebabkan oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. Istighfar !
Ramai wanita Islam kita di Malaysia sangat suka pada fesyen. Namun, fesyen-fesyen Muslimah yang kita lihat sekarang ini adalah lebih kepada ikutan fesyen bukannya pakaian Muslimah yang bertujuan asal. Ini adalah kerana, ramai wanita Islam di Malaysia sendiri tidak faham tujuan sebenar mereka berfesyen Muslimah. Ramai yang berpakaian Muslimah untuk cukup syarat sahaja atau demi mengejar personaliti yang cantik menawan.
Yang paling malang, wujud beberapa trend songsang pada masa kini di dalam fesyen Muslimah di Malaysia. Trend-trend songsang ini diasaskan di kalangan wanita Islam sendiri. Mereka cuba mencampur-adukkan elemen keghairahan dan keseksian ke dalam fesyen Muslimah yang sedia ada, di mana akhirnya akan menghasilkan sebuah fesyen Muslimah yang seksi dalam sopan.
1. Berbaju kurung tetapi ditempah mengikut sealak-alak badan menyebabkan terbonjol bentuk buah dada, pinggang dan bentuk punggung mereka apabila berjalan.
2. Berjubah tetapi fabrik kain yang lembut dan ditempah sealak-alak badan menyebabkan ternampak garis pakaian dalam mereka dari luar jubah.
3. Bertudung tetapi dipakai bersama T-shirt lengan pendek mendedah lengan dan sangat sendat (fit).
4. Bertudung tetapi dipakai bersama slack sendat dan jeans ketat yang diburukkan lagi oleh baju yang singkat tidak cukup menutup punggung mereka.
5. Bertudung tetapi dipakai bersama LEGGINGS yang terang dan nyata kelihatan seperti kaki yang telanjang.
Satu persoalan diajukan kepada anda semua. Di dalam Islam, bolehkah anda mencampur-adukkan dua konsep fesyen yang nyata bercanggah dengan niat menjadikannya fesyen yang halal ? Yang dimaksudkan di sini adalah trend wanita Islam Malaysia terkini yang tidak malu memadankan pakaian Muslimah (tudung dan busana) bersama pakaian Maksiat seperti slack sendat, jeans sendat dan leggings ketat. Sudah terang dan nyata bahawa apa-apa pakaian yang menampakkan alur bentuk tubuh dijatuhkan sebagai dosa besar oleh Islam, malangnya ramai wanita Islam tetap memakainya dan tidak kisah tentang dosa aurat. Istighfar !
Ingatlah ! Berbalik semula kepada tujuaan berhijab dan berpakaian cara Islam. Pakaian cara Muslimah bertujuan utama untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui pemeliharaan aurat. Kedua, konsep pakaian Muslimah adalah untuk mengawal pandangan mata sang lelaki dan menundukkan nafsu seks mereka apabila mereka memandang agar wanita itu sentiasa dipandang mulia dan dihormati maruahnya. Ketiga, pakaian Muslimah haruslah berkonsepkan kesederhanaan bukannya bersifat berlebih-lebihan sehingga membawa ke arah fesyen menunjuk-nunjuk kecantikan.

Wanita Hipokrit Anggap Tudung Macam Biskut Chipsmore



"Hish ! Panasnya hari ni....I rasa nak buka tudung je..! Ala...tak kisahlah ! Lelaki-lelaki dalam office ni semuanya kawan I, bukannya orang lain..! Buka je la...Tak pakai tudung tak bermakna yang I ni jahat...sorry ye, I dah tak tahan panas ni....It's hot in here...."

Lalu tudung yang dipakai si Wanita Melayu Islam itu dibuka tanpa mempedulikan rakan-rakan sekerja lelaki bukan Muhrim di dalam pejabatnya.

" Hish ! Dia ni...! Hormatlah sikit office ni. Kami di sini semua jenis pakai tudung. Suka-suka hati je dia sekejap pakai tudung...sekejap buka tudung. Memang lah hari panas ! Kami pun panas juga pakai tudung, tapi kami tetap pakai jugak sebab bertudung tu wajib, mana boleh main-main.." seorang rakan sekerja wanitanya berkata dalam hati.

"Hish ! Dia buat perangai dah ! Itulah, kalau sudah jenis yang biasa free hair, bertudung pun sebab trend fesyen je...bila tak minat pakai, dia buka...Dia tak fikir ke kami yang lelaki ni boleh tengok aurat rambut dia..? Aduh ! Lemahnya iman.." kata seorang rakan sekerja lelaki di dalam hati.

" Malulah sikit diri kau dengan wanita-wanita Islam di Somalia tu...di sana lagi panas, ditambah dengan kebuluran lagi, tetapi mereka tetap terus pakai tudung tutup aurat..." marah seorang lagi rakan lelaki di dalam hati.

Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala ?

Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?

Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."  

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat. 


Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.


* maaf, perkataan sedikit kesat

..........................................................

Stupidity #1


Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.

Stupidity #3


Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !

Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5

Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.